APRS ... Jejak anda di ikuti
Majlis Jamuan Hari Raya di rumah saya 9w2rev dan xyl 9w2uty
Selamat Hari Raya Aidil fitri Maaf Zahir Batin
Mr Bullseye Brogweiner Turbo rated support 300hp to 500hp ..

Saturday, December 26, 2009
My Alvin n the Chipmunk
Posted by REV a.k.a Mazlan Shahdan at 10:36 PM 0 comments
Alvin N the Chipmunk 2 Movie sama Danish and Darwisy
Pada hari jumaat malam yg lepas.. Aku dan famili sama tuty pergi bawak anak anak sebab cuti sekolah. Memandangkan cuti sekolah dah nak habis aku pon bawak la dua heroes aku tu Danish Idlan 6 tahun dan adik dia Darwisy Isyraf 2 tahun 3 bulan menonton movie buat pertama kali .
Distinasi kali nie negok movie kat GSC Alamanda Putrajaya .
Lepas solat jumaat ingat nak booking tapi call booking tak dapat .Lepas tu dah bincang sama tuty aku gamble aja la pergi di GSC Putrajaya tu bawak jer la dua org tu ..
Danish Idlan bukan main suka sekali si adik dia tak tahu aper so cuma main main ajer la lari sana sini...
Tuty q pegi beli tiket last tiket masuk kol 6 ptg dah penuh ...wah ramai gak suka negok Alvin n Chipmunk nie .. Aku ingat tak ramai ...So ambillah oleh Tuty tiket kol 815 malam .. Movie nie ditayang 2 jam .
Kami pon makan dulu di food court Rasa di Alamanda tu macam simple simple jer janji murah tu .. Bawak la si abg dan adik Darwisy Isyraf nie makan ... lepas tu masa lama lagi ..
Aku bawak diorang main di playground di level 2 Alamanda sementara tunggu kol 8 .. Lepas puas diorang main dengan leletih tu kami negok jam dah kol 740 so bergerak lah untuk nak masuk ke GSC Alamanda ...... 8 mlm pintu panggung 1 dah bukan ..Kemain suka mereka berdua ni . Almaklumlah pertama kali si Danish Idlan dan Darwisy Isyraf negok wayang.
Apa bila masuk dan dah duduk di depan sekali row pertama .. 20 minit tunggu tayangan dan promo Si adik dah lari lari dah panjat depan pentas ... Wah pening kepala aku susah mau control ..
Bila movie nak start dia duduk kat kerusi bailik . Nasib baik dia duduk balik kat kerusi tu. Kalau tidak perh pening pening org dah ramai .Movie Alvin n the Chipmunk dah mula ....
Setelah menonton lama ok dah dalam tu sambil makan dan minum pop corn ..
Si adik wat hall berak la pulak .. tuty gie toilet tukar lampin lepas tu masuk balik tak sampai 30 minit dekat nak habis movie ... Adik dah merengek ajak Tuty keluar .. Terpaksa tuty tinggalkan movie dan keluar layan adik di arcade game ..
Aku sama Danish Idlan duduk dalam layan sampai habis.. Si Danish tak habis cakap cerita nie best kan papa ... tv besor suara kuat tu ... best nak negok lagi kalau ada cerita tv nie..
Nasib Danish Idlan tak berolah memacam. Ok jer dia dah boleh berfikir kot.
Balik dari lepas negok movie 2 org hero aku kelelahan masuk ke kereta pasang ekon terus tido sleep ..
Aku sama cuti singgah ke BBB carik kedai makan jumpa satu kedai nie kat section berapa aku pon tak tahu baru lagi kedai ni e....Restoren Telaga Buruk .. ada wifi lagi tu
Kami order la grill lamb blackpaper chop dan Tuty order chicken chops... makan makan dan minum kena rm 24 siap air ok la .. yg best grill lamb blackpapers chop dia ada 3 helai daging tu best nyer ..... aku makan sampai licin ....
Itu la perjalan aku minggu nie sama famili cuti cuti malaysia .. dekat jer BBB dan Alamanda ...
Nanti aku akan upload gambar.
Posted by REV a.k.a Mazlan Shahdan at 11:07 AM 0 comments
Monday, December 21, 2009
Ruper nye ada bakat si danish ambil gambar..
Anak bujang aku si Danish Idlan Mazlan dah mula minat ambil gambar selain minat radio amatur dia minat ambil gambar lak ...Ini gambar adik dia dia ambil
Sekarang nie rajin gak si danish nie godek godek nikon compaq aku nie ... dia nak guna sony alpha 330 dslr tak kasi takut terhempas pitam lak dah la mahal...
Aku rasa kalau di latih latih danish nie pegang ambil gambar ni bagus gak sekurang dia dah ada hobby dari kecil ........... anak ibarat kain putih .. aper kita colorkan itu la akan di hasil kan cantik ke comot ke ...
Posted by REV a.k.a Mazlan Shahdan at 10:36 PM 0 comments
Thursday, December 10, 2009
Gsr turbo aku tak boleh start .. aku pon pelik
Selepas gie gathering dan interview minggu lepas sama akhar kosmo ..gsr aku buat hal lagi ..
Aku nak pergi kerja pagi boleh start lepas tu engine tiba tiba mati padam lansung tak boleh start ......... sarkas tu buat lawak ..nasib tuty tak pergi kerja lagi ..
Alamat aku masuk lambat lagi la di opis nie sarkas pepagi dah buat hal.Aku pon pergi kerja seperti biasa ..Balik kerja malam tu aku call abeast 9w2asq waja masuk majalah gila kereta disember dan musang swl aka musang turbo gie check kereta aku.
Step pertama check fuel regulator ok .. minyak naik ok ..step dua check plug api tak ada ..
Bermula la pengembaran geng upin ipin siot gedek sana sini api tak ada check fues habis semua bukak pasang api tak ada .. tukar tr power unit tak ada api tukar coil pon sama ...
Apa masalah nie pelik jadi macam mula mula aku kena .. macam wayering short .. sarkas tu la wat lawak wira gsr aku nie.. badan letih kepala serabut dan feedup ..kemas barang tolak kereta dalam sama abeast dan musang ..........
Aku tutup cabut bateri relax buat cool padahal tak selesai lagi ..negok la kalau cuti esok aku cuba godek godek kan sendiri .......
Pening pening pening.....
Posted by REV a.k.a Mazlan Shahdan at 12:52 AM 0 comments
Wednesday, December 2, 2009
Teater Natrah 30 Nov - 16 Dis 09 sesiapa tak negok poie la cerita besttttttttt
Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi. Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.
“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” begitulah mesej sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.
Sekilas Sejarah Ringkas Natrah
1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura
24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura
28 April 1950 Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.
28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah.
2 Disember 1950 Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak.
Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
12 Disember 1950 Hakim memberikan keputusan - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.
12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari .Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kepada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh.
25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah .
1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaya.
20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.
20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.
3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal - Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stood Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam.
16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.
26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans.1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga …? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Natrah tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan.Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi. Kisah ini diabadikan dalam buku ‘Tragedi Natrah’ dan ‘Maria Hertogh riots’ di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.
9 Julai 2009 Maria Bertha Hertogh meninggal dunia kerana barah leukimia dalam usia 72 tahun di Huijjerbergen Belanda.
Posted by REV a.k.a Mazlan Shahdan at 7:39 PM 0 comments
Gsrforum.net Convoi Teluk Batik 2008 (27/28 Dis 08) Enjoy Viewing
My Avanza 1.5Echo Tarik Belakang spec
Dah sampai masa ber alik ke jenama Toyota pulak dan salah satu sebab famili makan membesar dah dan ramai sedara mara mak ayah boleh angkut dengan Toyota Avanza nie..
Hajat nak angkat Toyota Wish di kira kira luar kemampuan angkat avanza aja lah nampak nyer..




Interior


Communication Equitment


Antenna Quaterwave

My Ponies Rides

Exterior


Interior




Engine bay


