Bulan Mei dan Julai .. aku betul betul mengalami banyak sangat dugaan . Kadang kala rasa tak tertanggung . Dugaan Bapa Mertua meninggal dunia. Dugaan kereta avanza aku tersangkut dalam redah air banjir di jalan . Dan 24 Mei 1 hari sebelum hari kelahiran aku 25 Mei Avanza aku kemalangan di Basement Parking Office di CBJ ..
Apalah malang nyer nasib.. Sabar dan kuat kan iman. Di harap bulan bulan mendatang ini Julai dan seterusnya dapat aku cover dan berjimat cermat dan berusaha dengan gigih lagi.
Doa semua selamat dan di murah kan rezeki .
Nie ada rangkuman gambar avanza exsiden.
Masa minggu pertama di NgaiFoong Motor Sunway sudah barai.
APRS ... Jejak anda di ikuti
Majlis Jamuan Hari Raya di rumah saya 9w2rev dan xyl 9w2uty
Selamat Hari Raya Aidil fitri Maaf Zahir Batin
Mr Bullseye Brogweiner Turbo rated support 300hp to 500hp ..
Sunday, July 4, 2010
Coretan coretan bulan bulan lepas ..
Posted by REV a.k.a Mazlan Shahdan at 11:33 PM 0 comments
Masuk Majalah Lagi ..Gila kereta lagi ..
Setelah lama dah event berlansung bulan April tahun ini . Baru dapat di masukan dalam majalah atas sebab sebab yg tak dapat di elakkan.. terima kasih kepada SKYLAB aka AJI .. atas bantuan beliau .. Gambar gambar di ambil oleh saya dengan mengunakan dslr sony alpha 330 jer .. kit lanse..
Check it out ....Gsrforum.net serang PD ..
Posted by REV a.k.a Mazlan Shahdan at 10:32 PM 0 comments
Monday, May 17, 2010
Autokanna....... Minat ker
Autokanna .. jom layan ...
Autokanna ada lah satu cabang hobi dalam motorsport nie .. cuba layan clip diatas ... check it out team cusco japan 2009 champion..
Posted by REV a.k.a Mazlan Shahdan at 10:16 PM 0 comments
Sunday, May 16, 2010
Dalam perancangan ada aku akan sambar yaesu ft857 allband allmode
Ini ada rig yg di fikirkan oleh aku untuk mengantikan rig ft8800r dual bander yg di tengelami air .. Nampak nya aku kena kumpul ongkos lebih sikit untuk aku sambar rig nie ..
TRANSMITTER
Power Output: 160 - 6m : 100 Watts (25 Watts AM carrier)
02m : 50 Watts (12.5 Watts AM carrier)
070cm : 20 Watts (5 Watts AM carrier)
Modulation Types : SSB: Balanced Modulator
FM: Variable Reactance
AM: Early Stage (Low Level)
FM Maximum Deviation: ±5 kHz (±2.5 kHz on FM-N)
Spurious Radiation : Harmonics: At least 50 dB down (1.8 - 29.7 MHz)
At least 60 dB down (50/144/430 MHz)0
Non-harmonic: At least 50 dB down (1.8 - 29.7 MHz)
0At least 60 dB down (50/144/430 MHz)
Carrier Suppression: At least 40 dB
Opp. Sideband Suppression: At least 50 dB
SSB Frequency Response: 400 Hz - 2600 Hz (-6 dB)
Microphone Impedance: 200 - 10 k Ohm (Supplied microphone: 2 k Ohm)
All bander all mode ..
Doakan aku di permurahkan rezeki supaya dapat aku mengunakan rig ini ...
Posted by REV a.k.a Mazlan Shahdan at 7:24 PM 0 comments
KESEDIHAN...my lovely RIG Ft8800R gone ....
Salam rakan rakan yang memantau di blog saya ini.. Saya amat bersedih kerana Rig Yaesu ft8800r dual bander saya telah di tengelami air dan masa di tengelami air rig off . Apa bila di bukak rig tersebut chip komponen penub dengar lumpur .Ini masa saya menyeberangi jalan air banjir di Kg Batang Benar N9 minggu lepas. Kenderaan saya tak lepas dan reverse balik serta tersangkut dan air memasuki kereta dan kedudukan rig saya di bawah set driver . Pada masa yg sama air telah masuk ke dalam kenderaan..
Alhamdullah kami sekeluarga selamat dan kenderaan saya engine masih hidup dan selamat kenderaan saya tapi rig saya tenggelam oleh air banjir dan tak dapat di selamat kan .
Dah seminggu saya keringkan tapi sama jugak dan dah highdrayer sama juga.Service rig yaesu ft8800r kepada saya selama 4 tahun selama itu tiada masalah lansung kepada saya. Sedih juga la . Apa boleh buat dah nak terjadi ......... Jangan si sangka air tak dalam dan jangan lah redah air banjir di jalan ini lah akibat nyer...
Posted by REV a.k.a Mazlan Shahdan at 3:34 AM 0 comments
Saturday, May 8, 2010
1 May 2010 Bapak Mertua Meninggal kan kami semua...
Pada hari sabtu lalu saya join event go kart for fun gsrforum.net di maeps .. saya rasa tak sedap hati event pon habis awal .. sattle gie umah arechong ada urusan lepas balik ke pelangi semenyih ..Tuty dan masak makaroni cheese .. dia cakap nak bawak kat bapak buat 2 talam.. Aku dah letih tidor kejap tak sedar dah pukul 5ptg bangun siap anak anak ..Tuty cakap jom la jumpa bapak kat umah adik ipar aku di desa pinggiran mantin dekat umah abeast tu ..Aku siap siap kol 540 macam tu aku gerak lepas aku borak sama kawan aku 9w2nsx dia bawak anak dia main depan rumah gerak ke mantin.. call bapak tak dapat.. Tuty ajak pergi negok bapak aku dengan adik ipar aku kemungkinan di di rumah baru di Taman Bukit Saga mantin .. pergi sana negok diorang tak ada di rumah baru .. Aku cakap mungkin dah balik ke Desa Pinggiran Bayu kot. Aku terus ke sana.. Sampai depan rumah .. adik aku kelam kabut keluar nak bawak anak dia masuk dalam kereta. Dia cakap. Bapak jatuh pensan sekarang di klinik kesihatan besar mantin.Aku sampai sana biras aku pon baru sampai hantar aku negok HA tengah buat cpr ..aku tanya HA dia punya bit ada lagi ke tak.. dia senyap jer ..sampai 3 kali aku tanya baru dia jawap.. bit tak ada bang.. Saya cuba ..Saya cuba Saya cuba.. dia suruh aku tunggu dekat tepi.. dia tengah buat cpr.. bila bit ada dapat di kesan reading sangat rendah 50-57 bit perminute ..rendah aku cakap bit rendah ..kasi gas semua ...masa bit ada di bawak ke spital seremban naik ambulan .. aku follow naik kate satu famili ..Sampai spital .. doctor push out usaha gak ..tapi bit dah tak ada line lurus jer ..buat macam macam ..last last dah sampai ajal ... doctor keluar jumpa aku .. Aku negok doctor keluar doctor perempuan melayu dan lelaki india ... Aku negok jer dari cara dia aku dah agak dah bapak dah tak ada..Tuty ngan adik dia di parking kereta sebab anak aku serta anak kecil baru lahir ada dalam kereta ..adik ipar aku pon anak kekecil ada dalam kereta..Cuma aku ngan biras aku jerla mengadap.. doktor cakap kalau lebih 4 minit jantung tak supply darah otak confirm dah tak fungsi otak ..dalam kater lain dah tiada lah..Aku kasi tau tuty dan adik dia . malam tu jenazah di tempat di rumah mayat hospital seremban ..malam tu sampai kol satu kami di situ baca yasin semua di rumah mayat tu ...lepas tu jenazah kena masuk ke freeze rumah mayat esok kol 10 dtg balik .. untuk mandi kaffan sembahyang packing untuk hantar ke kargo klia untuk deliver ke sibu ..dan pakcik tuty tunggu kat sana ..Proses selesai di rumah mayat seremban kol 12 tepat van jenazah keluar hantar ke klia .. kami terus ke klia untuk hantar tuty flight ke sibu tapi kena transit di kuching airport. Jenazah akan flight ke sibu direct flight mas under kargo 730 malam di jangka sampai di sibu airport 9.30 malam dan urusan semua dan jangka 10.30 baru keluar dari airport sibu.Jenazah sampai di sarikei umah pakcik ahad malam 11.30 malam.. Isnin semalam jenazah di kebumikan sebelum kol 12t hari..Buat masa sekarang nie aku jangan 3 org anak aku dengan anak kecil aku ..tuty balik kamis 430 ptg air asia direct sibu lcct sama adik dia...Alfatihah.. aku ambil iktibar dan redha atas pemergian ini dan memberi keinsafan pada aku ..tak ada experince mandi mayat dan kaffan aku dah belajar di sini dan proses penghantaran jenazah guna keranda pon aku ada pengalaman.. iktibar pada diri aku ni...Terima kasih kepada rakan rakan kasi support.. Arwah tak pernah menyusahkan anak dia.. aku redha..Nama arwah : Amin bin Johan ..bapak mertua aku .. Alfatihah..
Rentetan cerita .... kejadian ...
Posted by REV a.k.a Mazlan Shahdan at 8:20 AM 1 comments
Tuesday, April 27, 2010
My Avanza 1.5Echo Tarik Belakang spec
Dah sampai masa ber alik ke jenama Toyota pulak dan salah satu sebab famili makan membesar dah dan ramai sedara mara mak ayah boleh angkut dengan Toyota Avanza nie..
Hajat nak angkat Toyota Wish di kira kira luar kemampuan angkat avanza aja lah nampak nyer..
Interior
Communication Equitment
Antenna Quaterwave
My Ponies Rides
Exterior
Interior
Engine bay