Salam ..
Ini aku nak ceritakan serba sedikit apakah colostomy .. kenapa aku cakap pasal ini. Kerana anak ku no 2 Darwisy Isyraf mengalami masalah ini . Masalah dia ialah tiada Anus atau ractum saluran antara usus besar ke dubur.. so kejadian ini sejak dia lahir lagi .
Apabila dia lahir dubur ada tapi tiada sambung ke usus besar oleh demikian tak boleh berak .Pada umur 3 hari Darwisy di bedah di Hospital Piadratik KL hari hari aku melawat dia di sana sebab cuti dah habis . Dari opis di Cyberjaya aku pergi melawat dia sampai kol 12malam aku balik.
Ini contoh kalau usus tidak bersambung.. macam nie lah keadaan Darwisy apabila usus tidak bersambung dengan ractum Anus atau dubur..
Darwisy tidak dapat membuang air besar. Doktor memberi tahu banyak operation dan susulan perlu di laku kan.
Apabila di buat imbasan MRI Darwisy mengalami masalah .. Ada satu saluran pundi kencing bersambung dengan saluran dubur .Oleh demikian buah pinggan Darwisy masa tu membengkak sebelah dan kiri dan kanan pon bengkak jugak.
Doktor mengambil tindakan buat potong saluran air kencing lain yg bersambung dalam pembedahan kedua ..
Contoh lebih detial dalam gambarajah ini. Tempat akan di buat pembedahan . Ini pada pembedahan kedua .. Usus akan di potong dan akan di keluarkan di luar perut sebelah kiri badan. Tujuan supaya Darwisy dapat membuang air besar. Ini dia buat selepas 3 hari dari tarikh lahir di Piaratik HKL.Setelah pembedahan ini ..Macam ini lah keadaan usus dah lepas di bedah dan terkeluar dari perut. Darwisy kena pakai colostomy bag .Oleh kerana pada masa tu umur kecil lagi berat pon dalam 2.5kilo tak sesuai guna colostomy back . Pihak hospital telah ajar mengunakan kapas dan Zink okside di sapu di tepi kawasan usus tersebut. Kena buat drasing 2jam sekali sebab berak akan keluar aja non stop bila dia menyusu badan.
Keadaan masa tu memang susah tapi nie masa mak dia dah balik ke rumah berpantang Nurse yang melakukan nya. Sedih negok masa tu .. ntah lah nasib dia.
Ini adalah contoh gambarajah .. setelah di bedah dan di pasang colostomy bag. Oleh kerana masa itu Darwisy kecil dia gunakan kaedah pakai kapas dah di putar keliling tapi perlu di letak kan Zink Okside. Ini di bekal kan oleh pihak hospital . Jika habis boleh mintak di klinik klinik kerajaan yg berdekatan.
Ini adalah contoh gambarajah .. setelah di bedah dan di pasang colostomy bag. Oleh kerana masa itu Darwisy kecil dia gunakan kaedah pakai kapas dah di putar keliling tapi perlu di letak kan Zink Okside. Ini di bekal kan oleh pihak hospital . Jika habis boleh mintak di klinik klinik kerajaan yg berdekatan.
Lagi satu kanak kanak yg tiada saluran dubur ini struktur tulang belakang dia akan pendek sedikit. Ini telah di periksa oleh x ray doktor. Ini kerana bahagian tulang tungking hujung tulang belakang itu akan pendek dari normal manusia punya tulang belakang ini sebab masalah genetik semasa membentukkan janis dari embrio ke zaigot.
Pembedahan ketiga membuat saluran Anus atau dubur dan ractum untuk Darwisy . Pada masa ini umur Darwisy 5 bulan. Pembedahan paling lama 5 setengah jam dalam operation teather .Risau gundah gulana pon ada .. dan masa ni memang critikal doktor cakap. Hanya berdoa dah berharap sihat. Masuk OT 8pg keluar Ot 3.50ptg.. Hati bapa saper tak terusik.
Selepas buat pembedahan ketiga 2 minggu di hospital di benarkan balik dan di rumah kena buat cucuk dubur .. Doctor telah buat beberapa batang lilin saiz berlainan untuk dan di beri gasilin pelincir warna putih dan bertujuan untuk kita cucuk di dubur yg dah di buat saluran dubur tu .. dan di kira sebanyak 10kali kiraan perlahan di cucuk.
Memang sakit masa nie Darwisy masa kecil dia tak tahu bila umur bulan dah meningkat dia tahu..Dia tanak bukak kaki dan kangkang. Kena kangkang jugak kalau tak betul kedudukan masa buat cucuk dubur nie lilin boleh patah di dalam lagi bahaya.. sedih pon sedih aper bulih buat nak baik.. Darwisy memang kuat dan semangat kental.. perkara ini berlaku selama 4 bulan.
Pada pembedahan terakhir Darwisy berumur 8bulan macam tu . Doktor beri tahu proses ini kena buat seboleh boleh nya berak di belakang sebelum berumur 12bulan .Dan sebelum dia mula makan makanan keras dan nasik . Masa masuk ke OT Piadratik KL. Aku bawak dia dukung dia macam tau tau aja sebab nurse dan doktor dalam tu termasuk aku dah kena quaratine dah pakai pakaian bedah biru aja dia nampak dia nangis tak henti puas aku pujuk . Satu sebab dia kena puasa tak makan susu dari last susu 4pagi .Itu pon sebab gak dia lapar.. Aper leh buat kena ikut prosudure pembedahan.
Masuk kat OT1 nagis nagis lepas tu sekop oksigen 1 minute dah tidor bius ..siap berdengkur lagi power betul ubat bius dia.. tapi sebelum semua tu ada prosuder sain borang kebenaran itu ni dan di beri penerangan oleh pakar bedah bius dan pakar yg akan bedah Darwisy .
Nanti akan bersambung lagi .. di topic lain..tunggu..
0 comments:
Post a Comment